Cara nak pinda (kecikan atau besarkan) tajuk pos kena buka kod template. Bawah Design atau Layout pilih Edit HTML.
Kebanyakan template blog gunakan 2 cara. Samada dia define dengan variable dulu kat bahagian atas kod template macam ni:
/* Variables
====================
lt;Variable name="posttitlefont" description="Post Title Font" type="font" default="normal bold 220% Arial, Helvetica, sans-serif" value="normal bold 220% Arial, Helvetica, sans-serif">
<Variable name="posttitlecolor" description="Post Title Color" type="color" default="#5F5F5E" value="#5F5F5E">
dia ada banyak variables dalam kod template ni, jadi pilih yang tulis Post Title Font atau pun kadang dia tulis Entry Title Font. Pinda sizenya yang dalam persen 220% di kedua-dua tempat tu. Tambah persen kalau dan besarkan, kurangkan persen kalau nak kecikkan.
Yang Post Title Color tu warna tulisan dia kod #5F5F5E", kalau nak tukar warna lain tukar kod warna tu. Dalam blog tutorial ada pos tentang kod hexadecimal color.
kalau dia guna variable di atas dalam CSS kod (belah ke bawah sikit) dia tulis macam ni (tak perlu pinda apa-apa kat CSS ni kalau dah pinda variable kat atas):
/*-- (Post) --*/
.posttitle h2 {
margin:0px;
font-size: $posttitlefont;
color: $posttitlecolor;
line-height:25px;
padding:0px;
margin-bottom:5px
}
Cara kedua kalau dia tidak pakai variables macam kat atas pinda dalam kod CSS sahaja. Cari kod post h2 pinda terus saiz tulisan dalam tu:
/*-- (Post) --*/
.post h2 {
margin:0px;
font-weight:bold;
font-size:22px;
line-height:25px;
padding:0px;
margin-bottom:5px
}
.post h2 a {
color:$titlelinkcolor
}
.post h2 a:hover {
color:$linkhovercolor
}
pinda font-size tu dari 22px; jadikan ukuran yang dikehendaki.