Buat Duit di Internet Tanpa Modal Melalui Laman Web PTC


Camne nak buat duit kat internet ek? Takde ke cara yang simple2 je boleh dapat duit? Ok..Post kali ini saya ingin berkongsi bersama anda tentang satu cara mudah untuk membuat duit di internet dengan hanya mengadap laptop tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Seperti yang tertera pada tajuk diatas, cara yang saya ingin kongsikan ini adalah membuat duit melalui laman web PTC. Mungkin ramai di antara kita sudah tahu tentang laman web ini lebih-lebih lagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia bisnes di internet ini. Tetapi seperti biasa, saya tetap akan memberi intro terlebih dahulu berkaitan apa itu PTC kepada newbie yang baru berjinak dalam menghasilkan wang melalui internet sebelum kita pergi lebih lanjut.

Apa itu PTC dan Laman Web PTC?

PTC adalah singkatan kepada Paid to Click. PTC adalah sebuah bisnes online bagi meningkatkan kedudukan sesuatu website(menjana traffic) dengan menyuruh mereka yang ingin di bayar melawat website tersebut. 
Laman Web PTC pula adalah laman web yang menawarkan program PTC bertindak sebagai orang tengah antara pengiklan(ads) dan pengguna(ahli yang mendaftar). Di mana website PTC akan dibayar oleh pengiklan dan sebahagiannya akan diberi kepada mereka(ahli yang mendaftar) yang melawat iklan daripada pengiklan tersebut. Dalam erti kata lain, ahli yang mendaftar dibayar dengan menonton iklan di laman web yang menyediakan program PTC. Begitulah pada dasarnya maksud PTC dan website PTC. 
Saya lebih senang panggil "klik iklan dapat duit".

Bagaimana saya boleh membuat duit melalui Laman Web PTC?

1. Daripada laman web PTC semestinya akan menawarkan program PTC untuk pengunjungnya. Jadi dengan mendaftarkan diri di laman web PTC anda dapat menjana wang dengan menonton iklan di ruangan "view ads" laman web tersebut. Dari ruangan "view ads" akan terdapat senarai iklan yang anda boleh tonton bersama-sama jumlah bayaran dan jangka masa yang anda perlu tonton iklan tersebut(biasanya beberapa saat shj). Kerja anda cuma klik pada iklan tersebut satu per satu kerana anda tidak dibenarkan membuka dua iklan atau lebih dalam satu masa. Iklan yang boleh di tonton terhadap dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun setiasa teradapat iklan yang baru akan muncul dalam beberapa minit kemudian.


2. Kebanyakkan program PTC yang ada akan memberi komisyen tambahan kepada ahli mereka jika ahli tersebut berjaya membawa orang lain turut sama menyertai program PTC di website tersebut (seperti mana sesebuah program affiliate berfungsi). Mereka akan menjadi "referral" anda. Anda akan mendapat komisyen setiap kali referral anda berjaya mengumpul jumlah wang yang tertentu(berbeza mengikut setiap website). 

3. Daripada Program PTC kita juga dapat menjana wang melalui tawaran(offer). Salah satu daripadanya adalah menjawab survey. Kebiasaannya jumlah bayaran yang ditawarkan dalam menjawab survey jauh lebih tinggi daripada menonton iklan(ads). Namun anda perlu meluangkan sedikit masa untuk menjawab semua soalan yang ditanya dalam seseuatu survey dan menjawab survey tersebut dengan jujur. 

4. Selain daripada menjawab survey, ada juga boleh menjana duit dengan tawaran yang lain seperti menonton video(biasanya tidak lebih daripada 10 minit), mendownload sesuatu software(biasanya tidak terlalu besar saiznya), dan sebagainya.

5. Alternatif yang lain adalah dengan melakukan sesuatu tugasan(task). Terdapat pelbagai tugasan yang boleh anda lakukan.Kebanyakkan tugasan yang ditawarkan adalah menjawab soalan berdasarkan sesuatu laman web. Di mana anda perlu mengunjungi sesuatu laman web untuk mendapatkan jawapan untuk tugasan tersebut. Soalan lazim yang ditanya dalam tugasan berdasarkan pengalaman saya adalah tajuk post pertama atau kedua atau ketiga sesuatu laman web. Setiap tugasan mungkin terdapat beberapa soalan, dan untuk mendapatkan jawapan mungkin membawa anda ke beberapa laman web yang berlainan. Jika anda tidak mampu menyempurnakan sesuatu tugasan anda boleh mengklik butang "give up".

5. Jika anda meng"upgrade" akaun anda kepada premium, jumlah bayaran yang ditawarkan lebih tinggi berbanding akaun yang didaftar secara percuma. Begitu juga komisyen daripada referral juga akan menjadi lebih tinggi dengan akaun premium.Tapi yang ini memerlukan sedikit modal dari anda.

Bagaimana saya ingin menyertai sesuatu Program PTC?

1. Masuk ke laman web yang menyediakan Program PTC.
2. Daftar di laman web tersebut:
    i. anda memerlukan satu alamat email.
   ii. satu akaun paypal atau payza untuk website tersebut membayar komisyen anda. klik sini untuk daftar            paypal.

Antara Program PTC yang terdapat di internet pada hari ini:




Clixsense merupakan website yang terunggul dengan program PTC. Setakat ini mereka mempunyai 3,427,619 yang mendafttar dari seluruh dunia dan jumlah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Laman web mereka yang sistematik dan lebih effisien berbanding website yang lain menjadi sebab mengapa laman web mereka lebih mendapat sambutan berbanding laman web PTC yang lain. Selain itu, pendaftaran keahlian mereka juga cepat dan mudah. 
Di clixsense, apabila anda ingin menjana wang dengan menonton iklan, klik pada iklan yang anda ingin tonton di ruangan "view ads", anda perlu menjawab soalan bergambar terlebih dahulu iaitu memilih gambar kucing di antara 5 gambar yang di tunjukkan di mana selebihnya adalah anjing. Contohnya, 


dari gambar ini nampak jelas gambar kucing yang pertama dari kiri,


gambar ni pula kucing yang kedua dari kanana

jadi anda perlu klik gambar kucing tersebut sebelum tonton iklan dan timer akan bermula selepas website selesai load iklan tersebut atau selepas 10 saat jika iklan tersebut mengambil masa begitu lama untuk loading Apabila masa sudah mencukupi, jumlah wang di akaun anda akan bertambah. Kerja ini amat mudah dan tidak hairan bayaran yang ditawarkan untuk setiap tontonan antara $0.001-$0.02. Jadi anda perlu tonton lebih banyak iklan untuk mengumpul lebih banyak kutipan wang. Mungkin dalam masa 5 minit anda boleh tonton sekurang2 10 iklan(bergantung kepada kelajuan internet anda).


Untuk maklumat cashout adalah seperti berikut:
bagi akaun standard minimum cashout adalah $8.00.
bagi akaun premium minumum cashout adalah $6.00.
dan setiap cashout akan dikenakan yuran seperti berikut:


jika anda berminat untuk membuat duit di clixsense, daftar di sini segera.

2. Neobux.com
Neobux juga antara website PTC yang terunggul pada masa kini. Jumlah ahlinya juga tidak kurang hebatnya. Website mereka juga begitu menarik dan sistematik. Jika anda ingin membuat duit dengan menonton iklan, seperti biasa anda perlu klik dahulu link iklan yang anda ingin tonton di ruangan "view ads". Kemudian anda perlu klik titik merah sebelum menonton iklan tersebut. Neobux telah berjalan dan membayar sejak tahun 2008. Laman web ini adalah cukup baik jika anda boleh reffer/taja ahli. Keistimewaan Neobux ialah anda juga boleh menyewa refferals/tajaan untuk harga yang kecil, yang akan meningkatkan keuntungan anda, dan dengan itu anda akan dapat menyewa lebih refferals, seterusnya menambah pendapatan. Ia adalah syarikat PTC yang terkenal dengan pembayaran serta merta dan dipercayai. Anda juga boleh melakukan tawaran dan kerja lain untuk menjana pendapatan sampingan. Anda boleh withdraw serta-merta apabila anda telah mencapai USD 2.00.Minimum cashout adalah $2.00 bagi cashout yang pertama. Kadar minimum cashout akan bertambah sebanyak $1.00 setiap kali cashout sehinggalah kadar minimum cashout menjadi $10. Selepas kadar minimu cashout anda sudah menjadi $10.00, minimum cashout selepas itu akan kekal pada kadar $10.00.  



Probux antara website PTC yang semakin mendapat nama di internet sekarang ini. Bagi mereka yang sudah lama terlibat dalam program PTC, Probux bukan lagi laman web yang asing lagi bagi mreka. Kadar bayaran bagi setiap iklan di website ini tiada beza dengan website-website yang saya nyatakan di atas. Begitu juga dengan sistem referral, mereka turut menawarkannya. Malah mereka juga turut menyediakan banner kepada anda untuk menjadi bahan kepada kita bagi menambah referral kita. Apa yang lebih menarik, anda boleh terus menonton iklan selepas klik link iklan yang anda ingin tonton. Berbanding dengan website yang saya nyatakan di atas di mana anda perlu melepasi ujian robot seperti memilih gambar atau klik titik merah.
Minimum cashout bagi website ini adalah USD 5.00. klik sini untuk daftar di website ini.



Selain website-website di atas, sebenarnya terdapat banyak lagi website yang lain anda boleh sertai. Ironinya, jika anda ingin berjaya di program PTC, anda perlu sabar dan meluangkan sedikit masa untuk menonton lebih banyak iklan. Mungkin anda rasa tidak berbaloi namun daripada anda mensia-siakan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di internet lebih baik anda sertai program-program PTC tersebut. Jika anda sebarang pertanyaan, cadangan atau perkongsian, bolehla komen di post ini.