Adik Paul Walker akan berlakon dalam Fast Furious 7!


adik-paul-walker-akan-berlakon-dalam-fast-furious-7

Berikut kemalangan maut yang meragut nyawa pelakon utama Fast & Furious 7, Paul Walker, Universal Pictures telah umumkan bahawa mereka akan hentikan pembikinan filem tersebut untuk memberi sokongan kepada keluarga Paul Walker. Namun baru-baru ini dalam sebuah mesyuarat, produser dapati perlukan pengganti untuk watak Paul dan tiada pilihan lebih baik selain adik Paul yang berwajah seiras beliau. 

Cody Walker, 25 tahun, rupanya pernah berlakon sebagai pelakon aksi lasak dan ternyata mampu bantu berlakon bagi melengkapkan pembikinan filem tersebut. Biarpun sudah merancang, Cody masih belum memberi sebarang maklum balas.

Seorang jurucakap untuk Universal Pictures memberitahu MailOnline, “Kini kami hanya memberi sokongan kepada keluarga Paul. Buat masa ini kami akan tamatkan penghasilan filem Fast and Furious 7 sehingga sebarang maklumat lanjut.”-MY LAUNCH PAD