Penyanyi antarabangsa comel, Demi Lovato tidaklah sesempurna ini malah beliau pernah berdepan pelbagai masalah suatu ketika sehingga terpaksa dihantar ke pusat rehabilitasi. Demi yang berusia 21 tahun baru- baru ini berkongsi pengalaman beliau yang pernah alami ketagihan dadah bersama “Access Hollywood”. Bukan itu sahaja, Demi turut pernah seludup dadah naik atas kapal terbang!
“Saya tidak mampu tahan diri biarpun 30 minit tanpa dadah dan saya akan bawa bersama ketika naik kapal terbang,” cerita Demi. “Saya akan tunggu sehingga penumpang lain tidur dan ambil dadah dalam bilik air.”
Masalah ketagihan ini telah menyebabkan Demi dimasukkan ke dalam pusat rehabilitasi pada bulan November 2010. Kini Demi kelihatan lebih sihat dan sibuk menguruskan kerjaya nyanyian beliau dengan lagu baru Neon Lights serta mengadili rancangan X Factor.-MYLAUNCHPAD