Didie Lembut Hati Beri Fizz Wang Kemenangan



Didie Alias dan ahli kumpulan Apa Kasih Toq, Kamal Adli dan Syafiq Kyle berlembut hati untuk memberikan sebahagian wang kemenangan mereka kepada ahli asal kumpulan tersebut, Fizz Fairuz.

Pada peringkat akhir Liga Lawak Superstar (LLS), Apa Kasih Toq bergelar naib juara dan meraih wang kemenangan sebanyak RM75,000.

Sebelum ini, Fizz mendakwa dirinya disingkir oleh ahli kumpulannya, namun ada sumber yang mengatakan Fizz bertindak demikian kerana mendapat jemputan oleh pihak Rafflesia menyaksikan perlawanan Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom.

Tempatnya kemudian digantikan oleh pelakon muda, Syafiq Kyle.

“Fizz akan dapat duit sebab dia adalah peserta awal kumpulan Apa Kasih Toq,” kata Didie yang dipetik menerusi laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada kepada budi biacara Syafiq untuk menyerahkan berapa banyak bahagiannya kepada Fizz nanti.-siakap keli