Jika dilihat pada tubuh fizikal pelakon ini, ada yang mengandaikannya berhadapan dengan masalah anorexia iaitu masalah kurus yang melampau.
Malah, tak kurang juga yang mendakwa Faralyna Idris, 22, mengambil ubat terlarang untuk memastikan tubuhnya sentiasa kurus dan maintain.
Namun, Faralyna menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan memang dirinya dilahirkan dengan tubuh badan sebegitu walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
Menurutnya yang dipetik menerusi portal Rotikaya, “saya tidak nafikan badan saya memang kurus dan ada antara rakan lain yang menegur berat badan saya sehinggakan ada satu ketika saya mengambil protein untuk menambah berat badan.
Sementara itu, berbicara mengenai kisah percintaannya, Faralyna tidak menafikan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang namun enggan mendedahkan siapakah gerangan jejaka tersebut di media massa.
Ini kerana dia mengambil iktibar di atas hubungan cintanya dengan pelakon Hairul Azreen yang tidak ke mana selepas hampir lima tahun menyemai cinta bersama.
Fokusnya kini adalah untuk menumpukan perhatian terhadap karier lakonannya yang dilihat semakin berkembang maju pada masa ini.
-siakapkeli