Buat pertama kalinya…. Bandar Cairo, Mesir dihujani salji bermula semalam. Kini, keadaan sedikit tenang di Cairo berikutan hujan salji yang sudah mulai turun.
Kini, keadaan jalan-jalan mulai lengang disekitar Cairo. Terdahulu, pada awal 2013, bandar Iskandariah pernah dihujani salji. Namun ini adalah pertama kali Cairo dituruni salji. Begitulah keadaan salji turun di Mesir. Mesir, merupakan sebuah bumi para Anbiya’ yang penuh dengan 1001 sejarahnya yang tersendiri. Sekiranya hal aneh seperti ini telah mula berulang kali berlaku di Mesir, maka tidak mustahil Kiamat sudah hampir dan ini antara petandanya.
Hadis Abu Hurairah : "Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai. Bila dah salji nanti ice akan cair. Bila cair berlakunya sungai, dan sungai itulah tanda kiamat SUBHANALLAH..."
Dunia dah tua dan goyah. Hari Kiamat makin dekat. Sama-samalah kita bertaubat dan tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah sebelum terlambat :') Masa tak menunggu kita untuk bertaubat. Mari kita berdoa sama-sama supaya allah ampunkan dosa kita.. .