
Sebelum ini, umum tahu rapper terkenal, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak mula bertapak dalam industri hiburan tempatan bersama dengan Malique daripada kumpulan Too Phat.
Namun, semenjak Malique memilih haluan sendiri, Joe hanya dilihat tampil solo dalam semua persembahan. Keduanya memilih angin yang berbeza dimana Malique sehingga kini tidak pernah muncul didepan mana-mana media tempatan.
Beberapa hari lepas, Joe telah pun mengadakan majlis sidang media untuk pelancaran album terbarunya yang berjudul Havoc, dimana album tersebut telah memuatkan sebanyak 14 buah lagu hits yang terdiri daripada lagu Havoc sendiri.

Malique dua dari kiri bersama Joe Flizzow (gambar lama)
Joe berkata sebelum menghasilkan album terbarunya, lagu-lagu menerusi album Havoc ini terlebih dahulu didengar oleh rakan baiknya. Antara salah seorang rakan baiknya adalah Malique sendiri.
Bercakap mengenai Malique, Joe memberitahu bahawa sehingga kini dia tidak pernah jemu memujuk Malique untuk kembali dengan kumpulan Too Phat. Perkara ini turut disebut menerusi salah sebuah lagunya yang berjudul Aku Tak Kenalmu.

Malique ambil angin lain
Mungkin ku bila bisa ghaib di pentas baru ku ajaib, mahu lihat Too Phat nyanyi balik, baik pergi cari Malique…Itu abangku, walau dah lama tak bersapa, dan kalau Too Phat jumpa lu, kami tanya lu siapa.. Tanya soalan itu, soalan sini, soalan sana dan bersoalan cepu emas, Too Phat mana?Kalau kamu rindu, aku bagaimana? Bagai jebat mengamuk nak membela laksamana, kisah lagenda, susah dilabel lagenda, dan semua orang ada agenda..
Melihat bait-bait lirik diatas, cukup menggambarkan kerinduan Joe terhadap Malique.
Walaupun Malique belum memberi kata putus kepada Joe, namun hubungan baik antara Joe dan Malique masih kekal baik malah mereka sering menghabiskan masa bersama jika mempunyai masa terluang.
Nak tahu lebih lanjut segala intipati yang tersirat dalam lagu Aku Tak Kenal Mu? Dapatkan album Havoc yang original sekarang!-OHBULAN!