
BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pelakon comel, Nora Danish melalui laman Instagramnya, pasti anda sudah mengetahui hubungan istimewanya dengan anak Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz, Nedim.
Sehingga hari ini, dia belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai ‘percintaan’nya dengan jejaka kacak tersebut.
Memetik laporan portal GUA, Nora menegaskan dia tidak akan membuka mulut mengenai cinta dan hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinan jika ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti.
Kami yakin dia punyai alasan yang tersendiri untuk tidak menghebahkan mengenai hubungannya dengan Nedim.’
Yalah, sedangkan berdiam diri pun orang lain sibuk mencipta pelbagai cerita, apatah lagi jika Nora sudah buka mulut mengenai perkara itu.
Tak mengapalah kerana apa yang lebih penting, kami lihat Nora kini begitu bahagia bersama Nedim.
Harap-harapnya, tak lama lagi ada berita gembira yang akan pelakon ini sampaikan buat media dan para peminatnya. Tak gitu? -mynewshub.com