
MUNGKIN ada yang tertanya-tanya akan khabar terbaru anak bongsu Ahmad Dhani, Dul, 13, yang terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan enam nyawa pada September lalu.
Untuk pengetahuan semua, remaja itu kini sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga bulan rawatan di hospital.
Memandangkan keadaannya sudah beransur pulih, Dul dijangka beraksi semula di pentas bersama bapa dan dua lagi abangnya, Al dan El sempena konsert sambutan tahun baru nanti.
Menurut Dhani, anak bongsunya itu sememangnya cukup bersemangat dan sudah tidak sabar untuk membuat persembahan.
Baguslah jika Dul benar-benar sudah pulih. Memang satu rahmat buatnya kerana masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan.
Cuma, diharap dalam keseronokan itu, diharap Dul tidak lupa dengan anak-anak mangsa yang terbunuh akibat kemalangan itu.
Mungkin dia bernasib baik kerana sedang pulih secara fizikal, tapi anak-anak itu mungkin masih bergelut untuk memulihkan ‘jiwa’ yang terluka kerana kehilangan insan tersayang.
-siakap keli