Shila Amzah Tak Layak Untuk Anugerah Kembara?


Disebalik ramai yang sudah menjangkakan anugerah kembara ini milik Shila Amzah, ada juga cakap-cakap orang industri yang kami dengar mempertikaikan penganugerahan Anugerah Kembara kepada Shila Amzah kerana selayaknya anugerah ini ditabalkan kepada seorang lagi penyanyi wanita iaitu Yuna. Ini kerana atas dasar kejayaanya diperingkat antarabangsa lebih konsisten dan cemerlang berbanding Shila.

Shila Amzah AIM 20
Bagaimanapun En Rosmin Hashim selaku Penganjur AIM 20 yang kami temui mempunyai alasan yang tersendiri kenapa Shila Amzah yang dipilih bukan sebaliknya.
“Pertama sekali untuk makluman penganugerahan Kembara ini telah dibuat oleh ahli majlis Recording Industry Association Malaysia (RIM) dan mereka berpendapat Shila Amzah adalah paling layak berbanding yang lain mahupun Yuna”

Shila Amzah AIM 20
“Ini kerana penjurian ini dikira berdasarkan kejayaan beliau diperingkat antarabangsa pada bulan Julai 2012 sehingga Jun 2013 dimana Shila telah berjaya mengharumkan nama negara dalam rancangan Asian Wave. Lagipun kalau kita tengok Asian Wave ini satu rancangan yang besar dimana ianya disertai kebanyakkan penyanyi yang bagus di rantau asia dan sebab itu kenapa dia dipilih”
“Lagipun Yuna sebelum ini pernah dipilih untuk menerima Anugerah Kembara jadi untuk tahun ini tak salah kalau kita bagi pada Shila pula”