
Selepas pelakon, Tasha Shila didakwa membuat pembedahan hidung, baru-baru ni terdengar ada seorang lagi artis yang didakwa membuat pembedahan yang sama iaitu pelakon, Yana Samsudin.
Ramai media yang perasan akan perubahan pada wajah Yana Samsudin ketika menghadiri Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Jumaat lalu. Dengarnya, selain wajahnya berbentuk tirus, bentuk yang paling ketara adalah pada hidungnya yang tajam dan mancung dari dahi hingga ke hujung.
Setelah mendapat cerita itu, rasa tidak puasa hati dan ingin lihat sendiri gambar-gambar Yana pada malam itu. Bila belek gambar-gambar Yana itu, Memang tak nafikan memang nampak ketara pada bentuk hidungnya hingga merubah seluruh wajahnya.
Bagi lebih mendapat kepastian itu, dibukalah laman Instagram Yana dan melihat satu persatu gambarnya yang lain, terus-terang ianya nampak sungguh berbeza.
Malah bukan saya sahaja yang nampak perbezaannya itu tetapi peminat dan pengikutnya di Instagram turut memberi komen apabila merasakan atau berpendapat yang sama..
Entah lah, tak dapat dipastikan lagi. Hanya Yana sahaja tahu apa yang dia buat. Tapi diharapkan ianya tidak benar, mungkin malam itu tukang solek Yana terlebih buat shading di bahagian hidung, siapa tahu.
Tapi terus-terang, kiata semua lagi suka wajah Yana yang dahulu yang mana lebih lembut dan comel!kan..kan??-murai.com.my