Dilema Seorang Perempuan Ada Janggut Dan Misai


wanita ada bulu janggut dan misaidilema seorang perempuan ada janggut dan misai

Kelebihan yang dimiliki seorang wanita berketurunan Sikh iaitu mempunyai misai dan janggut pada wajahnya membuatkan dia berada dalam keadaan tertekan ekoran sering menjadi mangsa buli dan ejek-mengejek di sekolahnya.


Wanita berkenaan Harnaam Kaur berusia 23 tahun yang tinggal di Berkshire, Britain turut berkongsi dugaan yang dihadapinya. Semasa bersekolah dia digelar “wanita lelaki” disebabkan terpaksa berpakaian seperti lelaki bagi menutup bulu pada dada dan tangannya.

Oleh kerana tidak tahan dengan ejekan orang ramai, memaksa dia bertindak tidak mahu keluar rumah dan mengambil keputusan untuk berkurung di dalam bilik. Sehingga satu tahap dia berasa seperti tidak mahu hidup lagi.

Menurut laporan, wajah Harnaam mula ditumbuhi janggut ketika dia berusia 11 tahun disebabkan sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai sindrom ovari polisistik.



Dia sebelum ini kerap bercukur dan menyapu krim pemutih untuk meredakan sindrom tersebut. Bagaimana pun, apabila memasuki usia 16 tahun, Harnaam mula membiarkan janggut pada mukanya kerana agama Sikh tidak membenarkan penganutnya membuang rambut dan bulu badan

My Sumber