Isteri Aaron Aziz Kini Bertudung!!




Alhamdulillah. Hidayah milik Allah. Kali ini giliran isteri Aaron Aziz, Diyana Halik pula untuk tergerak hati menerima seruan Ilahi terhadap penjagaan aurat. Nara Pretty tidak menafikan isteri Aaron Aziz kelihatan lebih ayu dengan berhijab. Sememangnya Nara Pretty sendiri merasa begitu gembira mendengar berita-berita penghijrahan seperti ini dan mengharapkan lebih ramai artis-artis turut mengambil langkah yang sama.


Di fahamkan Diyana mula mengenakan hijab sejak pulang dari Hongkong. Berhubung dengan perubahan isterinya ini, Aaron Aziz tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dengan penghirahan ini,


"Sudah lama saya idamkan untuk melihat isteri saya berhijab akhirnya tergerak juga hatinya dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan dari saya.
"Pernah sebelum ini saya menyuruhnya memakai hijab selepas pulang dari umrah namun masih belum tergerak untuk dia melakukan sedemikian.
"Dengan penghijrahan isteri saya ini, saya harap anak-anak akan sama-sama berubah, saya tidak mahu lagi mereka memakai pakaian yang terlalu seksi, ketat dan singkat. Tiada lagi mereka menggunakan alasan sebelum ini iaitu menuding ibu mereka.



Berhubung dengan penghijrahannya kepada memakai hijab ini, Diyana berterus terang bahawa tindakan suaminya yang selalu menghantar video tentang kematian dan kiamat membuat dia mula tergerak untuk berhijab. 


"Sebelum ini saya ada memasang niat untuk berhijrah namun tidak begitu kuat azam itu. Akan tetapi sejak akhir-akhir, ini tindakan Aaron yang kerap menghantar video kematian dan kiamat kepada saya telah menguatkan hati saya untuk berhijab.

Nara Pretty berharap  isteri Aaron Aziz ini terus istiqamah dan jangan cepat patah semangat dalam mencari keredhaan-Nya.

sumber: beautiful nara