Kedudukan Malaysia Dalam Negara Kurang Rasuah


Sebelum ini, Malaysia telah disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi
Hasil kajian menunjukkan kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus
senarai negara amal rasuah 2013 1 senarai negara kurang rasuah tahun 2013 malaysia ke 53
senarai negara kurang rasuah tahun 2013 malaysia ke 53
 senarai negara kurang rasuah tahun 2013 malaysia ke 53
 senarai negara kurang rasuah tahun 2013 malaysia ke 53
Top “18″ negara kurang mengamalkan rasuah
sumber http://www.transparency.org
Bagaimanapun usaha kerajaan Malaysia dalam menangani gejala rasuah melalui siri kempen “perangi rasuah musuh negara” yang dijalankan ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mencatatkan kedudukan yang lebih baik, iaitu dari tangga ke-54 pada tahun lalu, ke tangga ke-53 dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2013 yang menyenaraikan 177 negara yang di kesan mengamalkan rasuah
Keputusan tersebut diumumkan oleh laman web Trasnparency International-Malaysia (TI-M) pada Selasa menunjukkan Malaysia mencatatkan 50 daripada 100 mata dalam indeks berkenaan
Penilaian CPI dibuat bermula dari 0 hingga 100, 0 mata membawa maksud “paling banyak mengamalkan rasuah
Negara yang mendapat mata terendah adalah paling banyak amal rasuah manakala negara mendapat markah tinggi adalah kurang dan bersih dari rasuah
Tahun 2012 terdahulu, Malaysia mencatatkan 49 mata dalam CPI
Negara Denmark,  New Zealand dan Finland adalah tiga buah negara yang mencatatkan rasuah yang terendah dengan catatan rekod markah 89 ke 91 mata dalam CPI


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/senarai-negara-banyak-rasuah-tahun-2013-malaysia-ke-53#ixzz2mS55szT5