Nabila Sambut Hari Lahir Dengan Kekasih Baru?


Foto : Nabila Sambut Hari Lahir Dengan Kekasih Baru?
Sebelum ini, umum tahu tentang keakraban pelakon yang kini sedang sibuk dengan filem biopik Saloma iaitu Nabila Huda dengan Nast-T. Namun, setelah kisah cinta mereka terputus ditengah jalan, masing-masing dilihat mengambil langkah berdiam diri.
Terdahulu, Nabila Huda dikatakan sudah pun berjumpa kekasih baru yang dipercayai warga Singapura.
Namun, setelah tersebarnya foto-foto Nabila bersama lelaki yang dikatakan kekasih barunya itu melalui beberapa buah blog gosip, Nabila dilihat lebih berhati-hati dengan kenyataan dan foto-foto yang dimuatnaik ke laman sosialnya.
Menerusi laman Instagram-nya semalam, Nabila dilihat telah memuatnaik sekeping foto dirinya disuapkan kek oleh seorang lelaki sempena hari lahirnya pada 2 Disember lepas.
Foto : Nabila Sambut Hari Lahir Dengan Kekasih Baru?
Foto yang menimbulkan spekulasi dikalangan pengikut Instagram Nabila
Antara caption yang ditulis oleh Nabila melalui foto ini ialah,
Once upon a time something happened to me it was the sweetest thing that ever could be a fantasy,A dream come true it was the day i met you.
Menurut sumber-sumber terapat, jejaka yang dipercayai bernama Izwan itu merupakan salah seorang pemain bola sepak amatur untuk pasukan fcjmuda dan memakai jersi nombor 10.
Foto : Nabila Sambut Hari Lahir Dengan Kekasih Baru?
Melalui ruangan komen foto diatas pula, Nabila telah menulis sebuah komen yang kami kira agak mesra disitu.-IformasiDotMy