Sudah pastinya debaran dapat dirasakan oleh kesemua penggiat seni yang mana tercalon pada anugerah berprestij itu yang akan berlangsung pada 14 Disember 2013 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Sebanyak 20 kategori akan dipertandingkan pada malam yang bertemakan Meraikan Kemuncak Segala-Galanya ini.
AIM 20 akan menyaksikan pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi tampil sebagai hos dan dia akan bergandingan bersama pelawak Nabil Ahmad pada malam itu.
Selain itu, seramai 13 penyanyi yang akan terlibat dalam persembahan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif, Aizat, Afgan dan Datuk Rossa.
Istimewa buat pembaca portal Murai, kami di sini akan memberikan 10 pasang tiket VIP secara percuma kepada anda untuk menghadiri malam kemuncak AIM 20 ini.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menghantar butiran diri seperti
1) Nama Penuh
2) No IC
3) No telefon
4) Emel
5) Beserta lengkapkan slogan “Saya ingin menghadiri malam kemuncak AIM 20 kerana ………..” dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.
Hantarkan butiran diri anda ke webmaster@murai.com.my dan 10 penghantar terpantas akan mendapat sepasang tiket VIP ke AIM 20. Pembaca bertuah akan dihubungi Murai pada 9 Disember ini.
Hantarkan butiran anda segara.