Pelakon popular Pekin Ibrahim sudah merancang dan berkira-kira untuk memperisterikan kekasihnya yang juga seorang pelakon jelita Uqasha Senrose menjelang tahun hadapan.
Jelas Pekin ketika ditemui di majlis pra-tonton filem "Tokan", beliau mengesahkan perkara itu yang mana beliau sudah melamar sejak awal perkenanalannya dengan Uqasha serta perkara ini sudah lama dirancang malah beliau sudah menetapkan tarikh perkahwinan tetapi tidak dapat didedahkan kerana tidak dibenarkan keluarga kedua-dua pihak.
"InsyaAllah kami akan kahwin tahun depan. Tarikhnya dah ada tetapi keluarga tak bagi dedahkan dan nanti apabila waktu sesuai saya akan umumkan juga perkara ini kemudian."
Tambah pelakon yang terkenal dengan filem "Bunohan" itu, mengatakan hubungannya kini bersama Uqasha semakin baik dan beliau tidak mahu lagi berlaku lagi kontroversi membabit mereka yang mana sebelum ini seperti diketahui Pekin pernah menuduh Uqasha berlaku curang dengannya.
"Kalau boleh saya tak nak lagi berlaku kontroversi membabitkan hubungan kami dan selama saya terlibat dalam dunia hiburan ini saya tak pernah ada gosip-gosip liar dan kontoversi panas dan kontroversi yang tercetus antara saya dengan Uqasha tempoh hari adalah perkara yang saya tak jangkakan."
Sementara itu, ketika mengulas mengenai filem terbaru lakonannya "Tokan", beliau menganggap filem ini adalah sebuah filem yang cukup hebat dan menarik baginya kerana berjaya menghimpun nama-nama besar seperti seperti Zizan, Sofi Jikan, Liyana Jasmay dan Wan Hanafi Su.
"Filem ini lengkap dengan aksi-aksi yang mana cukup memberi saya keterujaan untuk berlakon selain dengan barisan pelakon yang mantap membuatkan filem ini lebih hebat dan kalau nak tahu dalam filem ini juga buat pertama kalinya Zizan bawa watak serius."
Dalam perkembangan lain, Pekin, 32, baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem seram "Villa Nabila" arahan anak Datuk Yusuf Haslam iaitu Shafiq Yusof dan bakal muncul dengan beberapa buah filem seperti "Apokalips", "Tujuh" dan banyak lagi yang akan menemui penonton tahun depan.-yahoo
ANDA MUNGKIN BERMINAT: