Pelakon Veteran, Wan Maimunah Nikah Hari Ini
Nampaknya, dalam kesibukan artis-artis lain melangsungkan perkahwinan, aktres veteran iaitu Wan Maimunah Wan Abdul Aziz juga bakal mengakhiri statusnya sebagai janda pada 13 Disember (hari ini) bersama seorang ahli perniagaan.
Biarpun usianya sudah menjangkau 60 tahun, namun itu bukanlah perkara yang menjadi penghalang bagi Wan Maimunah untuk berkahwin sekali lagi.
Pelakon Veteran, Wan Maimunah Nikah Hari Ini
Wan Maimunah dalam salah satu drama lakonannya
Menurut akhbar Utusan Malaysia, pelakon ini bakal bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berusia tujuh tahun lebih muda darinya.
Pelakon ini ketika ditemubual turut menafikan dakwaan sesetengah pihak dan menjelaskan perkahwinannya ini bukan hanya kerana nafsu atau pun harta semata-mata.
“Saya bukan wanita muda lagi, usia pun sudah 60 tahun. Pastinya saya bukan berkahwin semata-mata kerana nafsu ataupun mencari harta dunia tetapi sebaliknya.
“Apa yang saya mahukan melalui perkahwinan ini adalah seorang individu bergelar suami yang dapat membimbing dan menunjukkan saya ke jalan yang benar dan diredai.” – dipetik dari Utusan.
Untuk pengetahuan, majlis perkahwinan Wan Maimunah akan diadakan secara tertutup di sebuah hotel yang terletak di Johor Bahru.-OHBULAN!