Peminat Man.Utd Bunuh Diri kerana Kalah???


Defeat: Manchester United players look dejected after losing 1-0 to Newcastle United

Seorang peminat kelab Inggeris tersohor, Manchester United dilaporkan telah membunuh diri berikutan kekalahan 1-0 pasukan kesayangannya kepada Newcastle.

Menurut laporan di Kenya, John Jimmy Macharia amat kecewa selepas pasukan The Red Devils dikalahkan oleh Newcastle United di Old Trafford buat kali pertama sejak 1972, sehingga membuat keputusan untuk melompat daripada tingkat tujuh sebuah bangunan dan kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Laporan turut mendedahkan pemuda berumur 23 tahun itu memberitahu rakan-rakannya yang dia tidak sanggup melihat pasukannya dikalahkan dua kali secara berturut-tutut di tempat sendiri (Manchester United turut dikalahkan oleh Everton 1-0 dalam aksi Liga Perdana beberapa hari lepas).

"Ini bukan kali pertama seorang pemuda telah membunuh diri kerana aksi bola sepak di England, yang amat jauh dengan negara kami. Mereka perlu sedar yang ini hanya permainan", kata ketua polis Nairobi county Benson Kibue.

Juara bertahan Manchester United berada di tempat ke-sembilan dalam Liga Perdana Inggeris buat masa ini, selepas hanya berjaya meraih sebanyak 22 mata daripada 15 perlawanan.