Ranbir Kapoor mengamuk dengan paparazi!!!


RANBIR KAPOOR telah hilang sabar dan merampas kamera paparazi yang mengekorinya.


KESABARAN seseorang ada batasannya. Begitu juga dengan aktor Ranbir Kapoor. Aktor tersebut baru-baru ini telah hilang sabar dengan sekumpulan paparazi yang mengekori dia dan rakan-rakannya.
Dalam kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, Ranbir telah turun daripada kenderaannya yang diekori oleh paparazi dan dengan baik telah meminta agar mereka berhenti mengekorinya.
Bagaimanapun, permintaan tersebut tidak dihiraukan. Mereka kemudian terus mengekori Ranbir.
Hilang sabar, Ranbir telah turun dari kenderaannya dan mendekati kenderaan paparazi yang mengekorinya. Tanpa diduga, dia telah membuka pintu kereta paparazi tersebut dan merampas kamera mereka!
Ranbir kemudian berlalu pergi dan terus memasuki kenderaannya sambil diekori paparazi tersebut. Namun, dalam perbincangan tersebut, Ranbir memutuskan dia mahu membawa pulang kamera tersebut dan meminta paparazi itu datang mengambilnya pada keesokan harinya.
Menurut sumber: "Ranbir sangat marah dengan tindakan paparazi yang mengekorinya. Selepas merampas kamera tersebut, dia memarahi mereka dengan menyuruh mereka pulang dan memaklumkan kepada bos mereka bahawa kamera itu hanya akan dipulangkan pada keesokan harinya."


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2n0PaAtNJ 
Hakcipta terpelihara