KL, 4 DIS 2013: Selepas terkejut menerima berita perkahwinan bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima dengan seorang ustaz, datang pula cerita seorang lagi bintang AF turut sama menggunakan tarikh 30 November sebagai tarikh istimewa dalam hidup.
Jika Salima memilih tarikh tersebut sebagai hari sah menjadi isteri kedua kepada seorang ustaz, Shawal yang popular menerusi AF5 memilih tarikh berkenaan sebagai tarikh pertunangannya.
Pada tarikh berkenaan, Shawal sudah pun selamat bertunang dengan seorang gadis yang bernama Azura.
Difahamkan, majlis pertunangan tersebut telah diadakan di Kelana Jaya di kediaman tunangnya itu.
Sama seperti majlis kahwin Salima, majlis pertunangan Shawal juga diadakan secara kecil-kecilan dengan melibatkan sanak saudara dan sahabat andai tanpa mengundang pihak media.
Apa sekalipun, kami ucapkan tahniah buat Shawal.Dengan berita pertunangan itu, maka berakhir segala macam gossip cinta yang melibatkan Shawal bersama artis tempatan seperti Noni dan Jue Aziz.
Nanti dah nak buat majlis kahwin, jangan lupa jemput ye.-murai.com.my