Sistem Pendidikan di Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara???


Malaysia PISA 2013
Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau laporan terbaru bagi ranking Sistem Pendidikan Malaysia yang menduduki kedudukan kedua tercorot di Asia Tengara yang dikeluarkan melalui penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapat liputan dan diperbincangkan di media arus perdana baik di Buletin Utama TV3, Berita Perdana RTM ataupun Utusan Malaysia. Malangnya, Berita semasa tidak menjumpainya. Sejak…..
Sejak daripada dahulu lagi, Berita Semasa perhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen. Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih baik?
Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau….uuuuuhhh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang?
Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru PISA 2012 ini dan memberikan beberapa lasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh ketika ini :
  1. Sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius
  2. Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman
  3. Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar
  4. Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.

Semak Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA)

Akhirnya apabila ranking sistem pendiidkan di Malaysia jatuh sebegini, pelajar-pelajar dan guru-guru yang dipersalahkan. Patutkah? Kongsikan pendapat anda?-beritasemasa.com.my