Berhububung dengan percubaan Emma Maembong yang mula memaki tudung, Zizan meluahkan hasrat hatinya bahawa dia sangat bangga jika Emma terus berhubung.
Dalam masa yang sama, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul razak, 29 menyatakan bahawa dia tidak pernah menyuruh atau memaksa Emma memakai tudung.
Zizan juga menceritakan tentang bapa saudara Emma yang bertanya adakah dia yang menyuruh Emma memakai tudung dan menafikan perkara tersebut kepada bapa saudara Emma.
"Dia baru mencuba untuk memakai tudung, ini adalah perkara yang positif dan amat membanggakan saya." katanya Zizan dalam temubualnya dengan mStar.
"Dia sudah lama memasang niat untuk bertudung, mungkin belum cukup kuat keinginannya untuk melakukan perubahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Intertainment menjelaskan bahawa dia tidak tahu perancangan masa depan untuk Emma yang berada di bawah naungannya itu.
Buat masa ini sememangnya Emma perlu bertudung bagi pergambaran Projek Memikat Suami PMS dan Yess Boss!
"Saya belum pasti jika dia perlu bertudung atau tidak untuk projek yang seterusnya.
sumber: mStar