Nyaris Maut Kereta Merc Langgar Babi


Foto
Alor Gajah: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk nyaris maut apabila kenderaan dinaiki merempuh seekor babi hutan betina di Kilometer 193.5, Lebuhraya Utara - Selatan, arah utara di sini, petang kelmarin.
Sebelum kejadian, ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Selvam, 50-an, yang menaiki Mercedes Benz dipandu seorang lelaki berusia awal 30-an sebelum kereta dinaiki terbabit kemalangan, kira-kira jam 5.30 petang.
Menurut sumber, ketika kejadian kereta berkenaan dipandu di lorong kiri sebelum seekor babi hutan yang keluar dari semak di tepi lebuh raya melintas di laluan berkenaan.
Foto

"Keadaan itu mengakibatkan pemandu berkenaan gagal mengelak lalu merempuh babi hutan terbabit yang kemudiannya terperosok di bawah kenderaan itu sebelum diseret kira-kira 50 meter.
-hmetro