Saya Restui:Ibu Kekasih Remy Ishak


Kuala Lumpur: “Saya tak ada masalah jika mereka berkawan. Apa salahnya sebab saya pun pernah muda dan lalui macam mereka,” jelas pelakon Wan Hanafi Su berhubung keintiman anak perempuannya, Budi Citawan dengan pelakon, Remy Ishak yang didakwa terjalin kebelakangan ini.
Wan Hanafi, 63, berkata, jika spekulasi yang diperkatakan itu berlaku dia tidak mempunyai masalah atau halangan kerana mengenali Remy secara dekat.

“Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya.

“Jadi apa salahnya kalau memang mereka berkawan, saya restui saja,” katanya ketika ditemui selepas majlis previu filem Laga di Cathay e@Curve, malam kelmarin.

Harian Metro difahamkan, keintiman Remy dan Budi menimbulkan spekulasi umum berdasarkan gambar dan pergaulan mesra mereka yang sering menghadiri beberapa majlis bersama sebelum ini.

Keintiman Remy dan Budi mula menarik perhatian sejak beberapa bulan lalu walaupun aktor itu tidak pernah mengiyakan atau menafikan status sebenar hubungan mereka ketika ditanya perkara terbabit.
Wan Hanafi berkata, sebagai bapa dia juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai urusan peribadi anaknya.
tengah Remay dan kanan Budicitawan
“Ini (hubungan) adalah soal domestik dan peribadi. Pada saya, terpulanglah dan biarlah dia buat pilihan sendiri.

“Cuma benda begini tak perlu ditonjolkan atau sensasikan pun,” katanya.

-hmetro