Black Kecewa Lagu Gagal Popular??



Lagu tema filem Lemak Kampung Santan nyanyian Black telah gagal mendapat sambutan daripada para pendengar. Lagu yang dimaksudkan oleh Black ini berjudul Puisi Sang Dewi.

Kegagalan pihak produksi filem tersebut untuk mempromosikan lagu Puisi Sang Dewi nyanyian Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanifah, dikatakan menjadi punca lagu tersebut tidak mendapat perhatian.

"Saya menjangkakan lagu ini akan lebih meletup berbanding lagu Takkan Terpisah kerana saya dapat rasakan kekuatan lagu ini. Namun sebaliknya yang berlaku, ramai yang tidak tahu tentang lagu ini malah ia tidak diputarkan di mana-mana stesyen radio.
"Walaubagaimanapun, mungkin ini silap kami kerana menyerahkan sepenuhnya kepada pihak produksi filem untuk mempromosikan lagu tersebut. Sepatutnya kami juga membuat promosi untuk lagu ini.
Tambah Black lagi, menggunakan drama atau filem merupakan salah satu alternatif untuk mempromosikan lagu, namun bergantung kepada kekuatan drama atau filem itu sendiri untuk menentukan jatuh bangun sesebuah lagu.

Filem Lemak Kampung Santan yang dibarisi oleh Hans Isaac dan juga Neelofa sebagai peneraju utama telah menemui penonton pada 8 Ogos yang lalu.

Kepada peminat-peminat Black, artis yang lahir dari rancangan realiti TV3, Mentor ini akan mengeluarkan album kedua pada awal tahun hadapan.

sumber: mStar