
Selepas Johan As'ari mengumumkan untuk memetuskan hubungan percintaannya dengan Lana Nordin beberapa hari yang lalu, berita tersebut telah mendapat perhatian umum.
Sebelum terputuskan hubungan cinta yang terjalin antara dua pelakon tersebut, Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 34 pernah membuat satu kenyataan bahawa dia ingin berubah menjadi muslimah yang lebih baik di samping dia juga pernah mengatakan ingin mengerjakan umrah bersama Johan pada tahun hadapan.
Walaubagaimanapu, Lana mengatakan bahawa niat untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik tidak berubah walaupun hubungan percintaan yang dibinanya dengan Johan As'ari terputus selepas sebulan.
"Sebelum mengenali Johan, saya sudah berniat untuk berubah dan telah menyatakan hasrat ini kepada Lisdawaty.
"Apabila Johan membuat pengumam yang mengejutkan ingin melamar saya, saya merasakan dialah orang yang akan membimbing saya. Walaupun hubungan kami sudah terputus, niat saya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik tidak terputus bersama-sama dengan hubungan cinta saya dan dia.
Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan dengan lelaki Inggeris berkata dia akan berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan jejaka Melayu pada masa akan datang.
"Sememangnya tidak adil untuk saya mengatakan semua lelaki Melayu adalah sama hanya kerana Johan. Sebaliknya saya akan lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan lelaki Melayu selepas ini.