JOM WEBCHAT DENGAN PENGARAH FILEM PENANGGAL, ELLIE SURIATY SEKARANG




KUALA LUMPUR, 5 DIS 2013: Seperti dijanjikan, pengarah filem Penanggal, Ellie Suriaty kini berada di pejabat Murai untuk sesi ArtisChatz@Murai.

Isteri kepada aktor Azri Iskandar ini akan berada di pejabat selama sejam untuk menjalani sesi webchat bersama pembaca-pembaca Murai. Dan inilah peluang untuk anda semua mendekati dan beramah mesra dengan aktres yang dikenali dengan lakonan hebatnya ini.

Kehadiran Ellie Suriaty ke pejabat Murai adalah untuk mempromosikan filem terbaru arahannya, Penanggal yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Anda boleh bertanyakan apa jua soalan mengenai karier dan kisah peribadinya. Lebih istimewa, Ellie Suriaty akan menjawab soalan anda secara LIVE menerusi kamera video yang disediakan dan anda berpeluang mendengar sendiri suaranya.

Bagaimanapun, pihak murai.com.my akan menapis persoalan yang berbaur lucah atau pun ugutan.

Jom beramah mesra dengan Ellie Suriaty sekarang

Klik di sini untuk webchat bersama Ellie Suriaty