SELEBRITI WANITA POPULAR BERCUMBU DENGAN VVIP DALAM KERETA



Dipetik daripada murai.com.my
KL, 4 DIS 2013: Ini bukanlah kali pertama Murai Batu mendengar perihal seorang selebriti popular lagi cantik menawan ini dikaitkan dengan lelaki. Maklum sajalah, memang sudah menjadi lumrah, ramai yang menjadikan bidang hiburan sebagai platform untuk bertemu dengan jejaka pilihan hati. Tak kiralah kacak, kaya mahupun dari golongan VVIP.

Kali ini, selebriti wanita berkenaan dikaitkan pula dengan seorang lelaki dari golongan VVIP yang juga merupakan suami kepada seorang selebriti wanita terkenal.

Bagi Murai Batu, kalau setakat dikaitkan begitu saja tak mengapa, tapi kalau sudah sampai tahap menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang, itu sudah kira parah.

Lebih parah lagi apabila baru-baru ini ada pihak yang telah ternampak pasangan berkenaan iaitu selebriti wanita dan lelaki itu bercumbu di dalam kereta di sebuah tempat meletak kereta hotel mewah di ibu negara.

Bagaimanapun, Murai Batu tidak tahu lebih lanjut berkenaan berita berkenaan, tetapi apa yang pasti cerita panas berkenaan telah menyebabkan ramai pihak termasuk isteri kepada lelaki berkenaan turut panas punggung.

Manakan tidak, sebelum ini selebriti wanita berkenaan pernah dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki, bagaimanapun tak lama selepas itu hubungan mereka senyap.

Malah dalam masa yang sama juga, Murai Batu difahamkan, selebriti wanita berkenaan turut menjalinkan hubungan dengan jejaka VVIP berkenaan tetapi kerana dia pandai menjaga rahsia maka semua aktiviti mereka tersimpan dengan baik.

Bagaimanapun, isteri kepada VVIP berkenaan telah dapat menghidu dan pastinya pasrah dengan perbuatan suaminya itu. Apatah lagi apabila mendengar berita bahawa mereka telah bercumbu di dalam kereta.

Entahlah, susah Murai Batu ingin katakan berkenaan hal ini.Apa yang pasti selebriti wanita berkenaan memang terkenal dengan sikap menganggu kebahagiaan orang lain.

Lebih menghairankan Murai Batu, daripada laman sosial selebriti wanita seorang lagi kelihatan dia dan suaminya hidup dalam keadaan bahagia bersama anak mereka.

Sejauh mana benar atau tidak khabar angin ini, itu Murai Batu kurang pasti. Harap-harap ianya hanya sebuah kisah daripada perasaan hasat dengki orang yang ingin merosakan reputasi selebriti wanita berkenaan dan juga menghuru-harakan keadaan.

Harapan Murai Batu ia hanyalah khabar angina, kerana Murai Batu lihat selebriti seorang ini mempunyai bakat yang sangat besar dalam industri seni hiburan tanah air. murai.com.my.

Memang ramai pihak yang suka buat cerita palsu, semata-mata mahu menjatuhkan orang lain. Sabar sajalah.