KEMATIAN aktor, Paul Walker dan sahabatnya, Roger Rodas ternyata mengubah beberapa perkara yang berkaitan dengan mereka.
Bukan sahaja penggambaran filem Fast and Furious 7 sedikit terganggu, malah kedai kereta milik kedua-duanya terpaksa ditutup.
Always Evolving, kedai kereta lumba di Valencia dijangka ditutup dalam masa beberapa minggu lagi, memetik laporan TMZ.
Para pekerjanya juga telah meninggalkan tugas mereka dan mula mencari pekerjaan baru.
Biarpun ada pihak yang meminta supaya kedai itu terus dibuka, adalah mustahil untuk meneruskannya tanpa pimpinan dan sokongan kewangan daripada Walker dan Rodas. -MYNEWSHUB
ANDA MUNGKIN BERMINAT: