Nisdawati Nazarudin,35 atau lebih popular dengan panggilan Lisdawati telah mengakui bahawa dirinya sedang hamil empat bulan di dalam akhbar sinar harian. Lisdawati sedang mengandung anak yang ketiga beliau bersama suaminya Fauzi Nawawi.
Apa yang menarik perhatian umum adalah, walaupun sedang hamil 4 bulan, namun seolah-olah tiada halangan bagi Lisdawati untuk kekal menawan di samping tetap meneruskan kerjaya lakonannya.
Permikiran yang baik dan positif dan sentiasa berfikiran jauh dengan memandang kehadapan adalah cantik dan sihat yang sebenar.
Bagi saya penjagaan berat badan amat penting. Saya mengawal pemakanan saya dengan rapi lebih-lebih lagi apabila berat badan bertambah. Pada saya penggunaan produk kelangsingan bukanlah langkah yang tepat kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan.
Saya sarankan pada diri saya dan orang lain untuk berdiet secara semulajadi dan sebenarnya itula yang lebih baik. Jika kita menggunakan produk kurus, prosedur mereka adalah pengambilan secara berterusan, sekiranya kita menghentikan pengambilan ubat yang dibekalkan, berat badan akan kembali naik.
Saya kurangkan kekerapan pengambilan ayam dan daging kepada seminggu sekali. Sebaliknya saya akan maksimumkan pengambilan sayuran, ikan dan juga makanan laut.
Selain itu saya banyak minum air masak dan makan buah-buahan. Paling penting jangan makan pada waktu malam atau lewat malam. Kerana itu akan membuatkan berat badan cepat bertambah.
Saya tidak lupa untuk bersenam. Antara alternatif lain yang saya lakukan adalah berjoging, bermain skipping dan memasang lagu rancak untuk menari sahaja di rumah. Untuk memastikan toksin-toksin dalam badan keluar saya akan tutup kipas dan penghaawa dingin dan memakai pakaian yang tebal. Dengan cara ini, saya dapat meningkatan metabolisma badan saya.
Di samping itu, saya juga ada mengambil suplemen iaitu Vitamin C dan Vitamin E seterusnya makanan campuran daripada buah-buahan.Itulah sedikit sebanyak rahsia kekal menawan daripada Lisdawati yang sedang hamil 4 bulan. Nara Pretty mencadangkan ibu-ibu yang sedang mengandung dapat mengekori jejak Lisdawati yang kekal menawan dan aktif walaupun sedang hamil 4 bulan.
sumber: Sinar harian: Hamil 4 bulan, Lisdawati tetap menawan!