Beberapa hari lepas menerusi laman Instagram, Ella dan suaminya Azhar Ghazali dilihat menghadiri satu majlis perkahwinan dengan menaiki helikopter.
Menerusi gambar tersebut, Ella dilihat cantik mengenakan baju kurung berwarna oren manakala suaminya pula segak dengan baju melayu berwarna merah. Dalam pada itu, Ella sempat juga mengucapkan penghargaan terima kasihnya kepada abang-abang RELA yang mungkin bertugas menjaga mereka semasa disana.
Mungkin ini merupakan kali pertama seorang selebriti negara hadir ke majlis perkahwinan dengan menaiki helikopter... tapi tak pelik la kan sebab suami Ella dah memang seorang pilot. Ella pun sebelum ni ada memuatnaik gambar dia sedang belajar memandu kapalterbang.- (Ella Bakal Jadi Pilot!) - Errr camne ek progress Capt Ella?
Foto Ella dan Suami Menaiki Helikopter Ke Majlis Perkahwinan
Labels:
Artis
Artis Tempatan