"Kenapa saya pula perlu minta maaf? Bukan saya yang buat...malah saya yang dihina. Orang yang hina itulah yang perlu minta maaf," katanya.
Itulah kata-kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.
Menurut Anwar, beliau menyokong hak kumpulan tersebut untuk berhimpun tetapi menyelar tindakan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai perbuatan melampau.
"Saya setuju mereka berhimpun di hadapan Kedutaan Jepun tetapi membantah perbuatan memijak bendera tersebut. Saya fikir tidak perlu buat begitu," katanya.
Pada Selasa, sekumpulan penyokong Anwar bertindak ekstrem di mana mereka memijak dan membakar poster yang menggambarkan bendera Jepun akibat marah dengan tindakan Jepun yang menghalang Anwar memasuki negara itu, Ahad lalu.
-Sumber mStar Online