
Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan?
Penulis pun berasa terkejut, yelah sebelum ini tak pernah dengar
sebarang gosip mengenai mereka, tup-tup dengar cerita Iqram Dinzly dah
pun melamar si cantik manis Soo Wincci.
Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbaru penyanyi wanita itu di Jalan Ampang, baru-baru ini.
“Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang
paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang
satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran
ini memberi memori yang indah buat saya,” kata penyandang gelaranMiss
World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.
Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara
Jalan-Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan
memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumahnya, menjadikan mereka
sering keluar menghabiskan masa bersama-sama berdua.
Walau bagaimanapun, Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum
ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan soal jodoh sekiranya
namanya masih belum terpahat di Hollywood.
Tapi, kalau dah jodoh sampai dulu, takkan nak menolak pulak kan Wincci?
Tak gitu?
